Lembaran Doa

LEMBARAN DOA

SELEPAS SOLAT
✥

A gentle companion for a more consistent
and meaningful prayer routine.

✥
◷

TODAY’S PRAYER TIMES

⌖Location not selected
✹ Official source: e-Solat JAKIM
⌖
Choose your prayer-time zone

Choose your state and zone once. Lembaran Doa will remember your choice on this device.

ZIKIR AFTER PRAYERTick after completion
Subhanallah × 33
Alhamdulillah × 33
Allahuakbar × 33
لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌLā ilāha illallāhu waḥdahu lā sharīka lah, lahul-mulku wa lahul-ḥamdu, wa huwa ‘alā kulli shay’in qadīr × 1
33 + 33 + 33, followed by this tahlil once to complete 100 · Sahih Muslim
Salawat upon the Prophet ﷺNo target is set — recite according to your ability.
0

DOA AFTER PRAYER

MORE

Available offline after loading
Lembaran Doa

Niat

Ya Allah,

Buku doa ini aku tulis sebagai satu ikhtiar untuk mendekatkan diriku kepada-Mu.

Aku sedar bahawa Engkau tidak memerlukan kata-kata yang indah atau doa yang panjang. Engkau Maha Mengetahui segala isi hatiku sebelum aku mengangkat kedua-dua tanganku.

Namun aku hanyalah seorang hamba yang sering lupa, sering lalai dan sering tidak tahu apa yang harus aku pohon. Maka buku ini menjadi panduanku agar setiap doa yang aku lafazkan lahir daripada hati yang berharap hanya kepada-Mu.

Semoga setiap doa di dalam buku ini menjadi saksi bahawa aku sentiasa bergantung kepada-Mu dalam setiap keadaan; ketika senang mahupun susah, ketika kuat mahupun lemah, ketika berjaya mahupun diuji.

Aku memohon kepada-Mu agar Engkau menerima setiap doa yang dipanjatkan, mengampunkan segala dosaku, membimbing setiap langkah kehidupanku, serta mengurniakan yang terbaik menurut ilmu dan hikmah-Mu.

Sekiranya ada doa yang tidak aku lafazkan, maka Engkau lebih mengetahui apa yang tersimpan di dalam hatiku. Kurniakanlah kepadaku segala kebaikan yang Engkau ketahui baik untuk dunia dan akhiratku, dan jauhkanlah daripadaku segala keburukan yang Engkau ketahui buruk bagiku, walaupun aku tidak menyedarinya.

Ya Allah,

Jadikanlah buku doa ini bukan sekadar himpunan kata-kata, tetapi jambatan yang sentiasa menghubungkan hatiku dengan-Mu.

Terimalah doa-doaku, ampunkanlah dosa-dosaku, redailah kehidupanku, dan himpunkanlah aku bersama suamiku, anakku, kedua ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku dan orang-orang yang aku kasihi di dalam syurga Firdaus.

Kurniakanlah kepadaku bukan sekadar apa yang aku minta, tetapi apa yang terbaik menurut ilmu dan rahmat-Mu.

Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Lembaran Doa

Coretan Penulis

Bismillahirrahmanirrahim.

Lembaran Doa ini lahir daripada satu keperluan yang sangat peribadi. Saya sering mendapati diri saya terlupa akan perkara dan insan yang ingin saya doakan selepas setiap solat. Maka, saya mula menyusun doa-doa ini agar ia menjadi teman yang membantu saya lebih teratur dalam bermunajat kepada Allah.

Lembaran ini bukan himpunan doa yang diwajibkan, bukan panduan hukum, dan bukan pengganti doa yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, ia merupakan susunan doa peribadi yang saya tulis berdasarkan keperluan hidup saya sebagai seorang hamba, isteri, ibu, anak dan pendidik.

Sebelum dikongsikan kepada orang lain, kandungan Lembaran Doa ini telah saya rujuk kepada pegawai Pusat Islam Universiti Putra Malaysia bagi mendapatkan pandangan dari sudut adab dan penyusunan doa. Segala penambahbaikan yang disarankan telah diambil kira sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, segala kekurangan yang masih berbaki adalah kelemahan saya sendiri.

Pembaca amat dialu-alukan untuk mengubah, menambah atau menggantikan mana-mana bahagian mengikut keperluan dan doa masing-masing. Harapan saya hanyalah agar lembaran kecil ini dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membina rutin doa yang lebih tersusun dan lebih bermakna.

Semoga Allah menerima setiap doa yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Lembaran ini ditulis dengan penuh pengharapan dan penyerahan hanya kepada Allah SWT.

Dr. Nurul Afiqah Zulkifly

Lembaran Doa

Sebelum Aku Berdoa

Ya Allah,

Sebelum aku memohon kepada-Mu, aku ingin mengingatkan diriku bahawa Engkaulah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Mendengar setiap rintihan hamba-Mu.

Buku ini bukan sekadar himpunan doa, tetapi tanda bahawa aku sentiasa ingin kembali kepada-Mu dalam setiap keadaan – ketika bahagia mahupun ketika diuji, ketika kuat mahupun ketika lemah, ketika lapang mahupun ketika sempit.

Aku sedar bahawa setiap doa yang aku tulis di dalam buku ini mungkin tidak akan Engkau makbulkan dengan cara yang aku harapkan. Namun aku yakin bahawa setiap doa akan Engkau jawab dengan hikmah, kasih sayang dan ilmu-Mu yang sempurna.

Maka ketika aku membaca setiap helaian buku ini, jadikanlah lidahku ikhlas, hatiku khusyuk, fikiranku tenang dan jiwaku penuh pengharapan kepada-Mu.

Ajarkanlah aku untuk menerima setiap ketentuan-Mu dengan reda, mensyukuri setiap nikmat-Mu dengan rendah hati, bersabar atas setiap ujian-Mu dan sentiasa bertawakal kepada-Mu.

Jadikanlah setiap doa yang lahir daripada hati ini sebagai sebab aku semakin dekat kepada-Mu.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa.

Amin Ya Rabbal ’Alamin.

Lembaran Doa

Adab Berdoa

  • Mulakan dengan memuji Allah SWT (Alhamdulillah).
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  • Berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT Maha Mendengar.
  • Hayati setiap bait doa, bukan sekadar membacanya.
  • Berdoa dengan hati yang ikhlas, penuh harapan dan rasa rendah diri.
  • Akhiri dengan selawat dan ucapan Amin.
Lembaran Doa

Perjalanan Doaku

Tahajjud Membentuk kehidupanku bersama Allah SWT.

Taubat Kembali kepada Allah SWT dengan penuh penyesalan.

Subuh Memohon petunjuk dan keberkatan untuk hari ini.

Dhuha Memohon rezeki yang halal dan penuh keberkatan.

Zuhur Menunaikan amanah dengan ikhlas dan cemerlang.

Asar Mendoakan keluarga yang Allah SWT amanahkan.

Maghrib Mensyukuri nikmat dan memohon agar amalan diterima.

Isyak Menyerahkan seluruh urusan kepada Allah SWT dengan penuh tawakal.

Lembaran Doa

Tahajjud

Lembaran Doa

Taubat

Lembaran Doa

Subuh

Lembaran Doa

Dhuha

Lembaran Doa

Zuhur

Lembaran Doa

Asar

Lembaran Doa

Maghrib

Lembaran Doa

Isyak

Lembaran Doa · Al-Quran

Doa dalam Al-Quran

Himpunan doa pilihan yang ditemui sepanjang pembacaan dan tadabbur Al-Quran. Koleksi ini akan terus ditambah dari semasa ke semasa. Bahagian yang ditandakan ialah lafaz doa dalam ayat tersebut.

Tentera Talut

Al-Baqarah · 2:250
وَلَمَّا بَرَزُوا لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُوا رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ٢٥٠
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Ayatul Kursi

Al-Baqarah · 2:255
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ٢٥٥
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Doa Orang Beriman

Al-Baqarah · 2:286
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ٢٨٦
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Orang yang Mendalam Ilmunya (Al-Rasikhun fil-‘Ilm)

Ali ‘Imran · 3:8
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ٨
(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Orang Bertakwa (Al-Muttaqun)

Ali ‘Imran · 3:16
الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ١٦
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”;
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Pengikut Para Nabi

Ali ‘Imran · 3:147
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ ١٤٧
Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Orang Beriman

Ali ‘Imran · 3:173
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ١٧٣
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Doa dalam ayat ini:
“Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Golongan Ulul Albab

Ali ‘Imran · 3:193
رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ ١٩٣
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ’, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Golongan Ulul Albab

Ali ‘Imran · 3:194
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ ١٩٤
“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Nabi Ibrahim AS

Ibrahim · 14:40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ٤٠
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Nabi Ibrahim AS

Ibrahim · 14:41
رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ ٤١
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Doa untuk Ibu Bapa

Al-Isra’ · 17:24
وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًۭا ٢٤
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Ashabul Kahfi

Al-Kahfi · 18:10
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا ١٠
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Hamba Allah Yang Maha Pemurah (‘Ibadur Rahman)

Al-Furqan · 25:74
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ٧٤
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Nabi Musa AS

Al-Qasas · 28:16
قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَٱغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُۥٓ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ ١٦
Ia merayu (dengan sesalnya): “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku”. (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Nabi Musa AS

Al-Qasas · 28:21
فَخَرَجَ مِنْهَا خَآئِفًۭا يَتَرَقَّبُ ۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِى مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٢١
Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Nabi Musa AS

Al-Qasas · 28:22
وَلَمَّا تَوَجَّهَ تِلْقَآءَ مَدْيَنَ قَالَ عَسَىٰ رَبِّىٓ أَن يَهْدِيَنِى سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ ٢٢
Dan setelah ia (meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah ia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku”.
Doa dalam ayat ini:
“Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Nabi Musa AS

Al-Qasas · 28:24
فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰٓ إِلَى ٱلظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍۢ فَقِيرٌۭ ٢٤
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Nabi Ibrahim AS

As-Saffat · 37:100
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ١٠٠
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗

Mu’min Ali Firaun

Ghafir (Al-Mu’min) · 40:44
فَسَتَذْكُرُونَ مَآ أَقُولُ لَكُمْ وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ ٤٤
“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Doa dalam ayat ini:
“dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku)”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Sayyidatina Asiyah (Isteri Firaun)

At-Tahrim · 66:11
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا لِّلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱمْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ٱبْنِ لِى عِندَكَ بَيْتًۭا فِى ٱلْجَنَّةِ وَنَجِّنِى مِن فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِى مِنَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ ١١
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan kepada orang-orang mukmin, iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: “Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya, serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim”.
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Baca di Quran.com ↗

Nabi Nuh AS

Nuh · 71:28
رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًۭا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَـٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا ٢٨
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
Doa dalam ayat ini:
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”
Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih
Quran.com ↗
Lembaran Doa · Al-Quran

Saved Doa

Qur’anic doa you save will appear here on this device.

Lembaran Doa

Join Our Community

Coming Soon

Lembaran Doa Community

A space to stay connected with Lembaran Doa is being considered. Lembaran Doa remains fully usable without an account or login.

Community participation will remain optional.

Lembaran Doa

Share Your Blessings

Coming Soon

A space for sharing blessings

A space is being prepared to connect the Lembaran Doa community with opportunities to support those in need.

Future contributions will be directed to the participating organisation. Lembaran Doa will not receive or handle donation funds.

Lembaran Doa

Penutup

Ya Allah,

Sekiranya pada hari ini Engkau telah menerima setiap doa yang lahir daripada hati ini, maka segala puji hanyalah bagi-Mu.

Sekiranya masih ada doa yang belum dimakbulkan, kurniakanlah kepadaku kesabaran untuk terus berharap kepada-Mu, kerana aku yakin setiap ketentuan-Mu adalah yang terbaik.

Jadikanlah lembaran doa ini sebagai saksi bahawa aku sentiasa ingin kembali kepada-Mu, dalam setiap kegembiraan, kesedihan, harapan dan ujian hidupku.

Jangan pernah biarkan aku merasa jauh daripada-Mu.

Terimalah setiap doa, setiap air mata, setiap harapan dan setiap sujudku.

Sesungguhnya kepada-Mulah aku kembali.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

1 / 27
Lembaran Doa, halaman 1

Leret ke kiri atau kanan untuk menukar halaman. Anda juga boleh zum seperti biasa untuk membaca dengan lebih dekat.

Lembaran Doa

Hingga Bertemu Lagi

Semoga setiap helaian dalam buku ini sentiasa mengingatkan kita bahawa doa bukan sekadar permintaan, tetapi tanda penghambaan kepada Allah.

Teruskan berdoa.

Teruskan berharap.

Teruskan bertawakal.

Kerana Allah SWT sentiasa mendengar.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.